Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Siapa Sebenarnya King Afiq?...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang seorang ‘jutawan ciplak’ yang didakwa...

Golongan Intelek Perlu Bentuk...

KUALA LUMPUR - Golongan intelek serta pemikir di negara ini perlu mengetengahkan ilmu...

‘Resume’ Ini Mungkin Boleh...

Anda masih mencari pekerjaan ? Gusar dan tertanya-tanya mengapa anda tidak diterima?Penulisan resume...

Sejam Celup Tangan Dalam...

Zhejiang (China) - Nasib malang menimpa seorang lelaki selepas lengannya tersangkut ketika cuba...

PKP: Permohonan Buka Lebih Banyak Sektor Ekonomi Diteliti

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk lebih banyak sektor ekonomi dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan diteliti bersandarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima banyak permohonan daripada operator serta pemilik premis perniagaan untuk beroperasi ketika PKP.

Beliau berkata, semua permohonan berkenaan akan diteliti oleh KKM, kementerian dan agensi berkaitan, sebelum sebarang kelulusan diberikan untuk beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Ramai yang memohon, termasuk kedai cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun, justeru kita tidak akan tolak begitu saja.

“Semua permohonan itu akan diteliti dengan mendapatkan pandangan KKM dari segi penilaian risiko.

“Jika KKM berpandangan mereka boleh beroperasi, kita akan benarkan,” katanya pada sidang media, hari ini. – BH Online

Kategori