Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Misi SAR Bot Katamaran:...

KOTA KINABALU - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot...

Ini Penjelasan Asfan Mengenai...

DAMANSARA: Penyanyi yang kini semakin dikenali dengan lagu berjudul Peristiwa, Asfan menafikan dakwaan...

Pejuang Gantikan UMNO

Maaf berkata begini, tetapi sejujurnya sehingga hari ini kita tidak jelas apakah manfaatnya...

Suspek Minta Makanan Sebelum...

LELAKI Orang Asli bertindak menetak mati nenek selain mencederakan isterinya dan bapa mentua...

PM Penerima Pertama, Beri Keyakinan Vaksin Selamat

PUTRAJAYA – Keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa vaksin tersebut selamat dan berkesan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keputusan juga dibuat selepas penilaian risiko mendapati tugas-tugas Muhyiddin selaku ketua kerajaan dan ahli politik mendedahkan beliau kepada risiko untuk dijangkiti COVID-19.

“Ada yang masih ragu-ragu walaupun vaksin ini telah diuji puluhan ribu orang di seluruh dunia, malah sekarang ini (vaksin) bukan sahaja diuji malah telah diberi kepada 100 juta lebih orang di seluruh dunia dan tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan disebabkan oleh vaksin ini.

“Di Malaysia, kita nak bagi keyakinan bahawa kalau ketua kerajaan sendiri telah mengambil vaksin dan tiada kesan buruk dan sebagainya, ini boleh meningkatkan lagi keyakinan orang ramai kepada vaksin,” katanya pada  sidang media mengenai Penyelarasan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang bertujuan menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini hari ini.

Khairy berkata perdana menteri juga telah mendapat kebenaran daripada doktor peribadinya untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dijadualkan pada 26 Feb ini.

Menurut Khairy, perdana menteri sebelum ini telah menerima maklum balas mengenai suntikan vaksin COVID-19 daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa lawatan ke negara itu baru-baru ini.

“Jokowi memaklumkan semasa beliau menerima vaksin daripada Sinovac, beliau tidak rasa apa-apa cuma mungkin letih sikit,” kata Khairy.

Menjawab soalan mengenai vaksin keluaran syarikat mana yang akan diterima rakyat, Khairy berkata dasar  kerajaan menetapkan apa juga vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebagai selamat dan berkesan akan diberi kepada rakyat.

“Dalam hal ini, anda tidak boleh memilih vaksin yang anda akan terima. Anda akan diberi masa, tempat dan tarikh untuk janji temu dan apa juga vaksin yang tersedia di situ, saya jamin vaksin itu selamat dan berkesan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Manusia untuk menggubal pelan vaksinasi terhadap  warga asing di negara ini termasuk pekerja. 


“Bagi pekerja warga asing yang memiliki dokumen, kami sedang bekerjasama dengan majikan mereka bagi memastikan majikan dapat menyediakan data yang berkenaan agar kita dapat atur janji temu untuk pekerja terbabit menerima vaksin tersebut. 

“Untuk pekerja asing tanpa dokumen pula, kami akan meminta pertolongan badan antarabangsa, pertubuhan masyarakat sivil serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan golongan tersebut dan pastikan mereka menerima vaksin dengan jaminan kami tidak akan tangkap mereka.

“Bagi pelarian pula, kita akan bekerjasama dengan badan antarabangsa seperti Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) serta NGO untuk tujuan sama,” katanya.  

Khairy berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan NGO, pemimpin komuniti serta pemimpin pendapat bagi mencapai komuniti yang mungkin tidak menerima akses kepada maklumat tersebut seperti petempatan Orang Asli.

“Kami perlu mereka (NGO dan pemimpin komuniti) untuk membantu kami mencapai kawasan ini dan mendaftar komuniti yang berkenaan.

“Kami juga perlukan mereka membantu kami dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap vaksin. Kami mempunyai pelan komunikasi di peringkat kebangsaan namun pencerahan kepada rakyat di akar umbi amat penting kerana kita perlu memvaksinasi seramai mungkin rakyat agar kita semua selamat,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya akan mengenal pasti beberapa NGO, pemimpin pendapat serta pemimpin masyarakat untuk dilibatkan dalam pasukan petugas itu bagi membantu kementerian menggubal pelan yang tepat agar dapat meningkatkan keyakinan terhadap vaksin, khususnya dalam kalangan masyarakat yang berada di pinggir. – BERNAMA

Kategori