Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ku Li Jumpa Amanah...

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang menyusun strategi dan kerjasama...

G25 Promosi Pemikiran Sesat,...

PETALING JAYA - Seorang pemimpin PAS membidas kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25...

Bantuan RM3,000 Untuk Menukar...

CHERAS : Kerajaan melalui PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV) memperkenalkan program bantuan peralihan...

Harus Penggunaan Vaksin Bahan...

KOTA BARU - Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika...

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Ibu Yati

PUTRAJAYA – Polis membuka kertas siasatan terhadap pengguna akaun Facebook, Ibu Yati yang dikaitkan dengan fahaman Islam Melayu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada pemberita pada sidang akhbar di kementeriannya pada Selasa.

“Saya baru saja berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkenaan hal ini dan kita akan buat siasatan lanjut,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan polis terhadap Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias yang dikaitkan dengan isu fahaman Islam Melayu.

Ia menjadi perbualan warga maya baru-baru selepas tersebar rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

Ia didakwa ajaran sesat terbaharu di negara ini.


Wan Noor Hayati bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkan ia tuduhan jahat dan membuat laporan polis.

Setakat ini, lebih 10 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita itu.

Sementara itu, mengulas mengenai 13 laporan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hamzah berkata, tindakan diambil dan kertas siasatan juga telah dibuka.

Anwar dilapor mencadangkan semua ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin. – Sinar Harian

Kategori