Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rosmah Mansor Tempat Kedua...

Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita dibelakangnya. Lihat sahaja 'wanita pertama'...

Tengku Hassanal Dimasyhur Tengku...

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota...

Parlimen Boleh Bersidang September...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Parlimen boleh bersidang...

Harga Betul-Betul Murah

SHAH ALAM - Program Jualan Keluarga Malaysia di semua 222 kawasan Parlimen seluruh...

Polis Kesan Personaliti Media Sosial Langgar SOP

KOTA BHARU – Polis sedang mengesan beberapa individu yang juga personaliti media sosial dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kesalahan itu petang semalam.

“Hasil semakan terhadap berita yang tular mengenai beberapa individu yang disyaki melanggar SOP PKP, terdapat beberapa keping gambar yang dimuat naik menunjukkan mereka bergambar dengan pengantin tanpa penjarakan sosial serta tidak memakai pelitup muka.

“Malah, ramai juga yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan mengenai pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan.

“Justeru, polis Kelantan sedang mengesan individu berkenaan dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.


Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Semalam, tular di media sosial beberapa personaliti media sosial yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri perkahwinan rakannya di Kota Bharu. – myMetro Online

Kategori