Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Cucu Hadiah Beg LV,...

LAMAN sosial Taiwan sensasi dengan posting seorang warganya yang bercerita kisah lucu tentang...

Wani Tidak Kisah Kurang...

PERJALANAN karier seni penyanyi kecil molek Wani tidaklah terlalu deras jika dibandingkan dengan...

RON97 Naik 1 Sen,...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik lagi satu sen kepada RM2.74 seliter...

Bekas Tunang Adira Bakal...

UMUM mengetahui penyanyi Adira pernah mengikat tali pertunangan dengan Shahrul Nasrun Kamarudin, namun...

Rentas Negeri Selepas 80% Rakyat Divaksin

KUALA LUMPUR – Kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum mempertimbangkan kebenaran merentas daerah dan negeri walaupun program vaksinasi sudah bermula.

“Kita menjangkakan negara mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.

“Sepanjang tempoh itu, kita menggunakan dua pendekatan iaitu kesihatan awam menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan strategi vaksinasi.

“Kedua-dua pendekatan ini dijalankan seiring sehingga kita mendapatkan imuniti kelompok iaitu 70 hingga 80 peratus daripada rakyat kita sudah diberikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi libat urus KKM bersama media yang berlangsung secara dalam talian, hari ini. – BH Online

Kategori