Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat melanda wilayah Taiwan hari ini, di...

Janna Nick, Ajak Shiro...

TAHUN 2018 melakar sejarah baharu apabila pelbagai perubahan besar berlaku kepada beberapa rancangan...

2 Beradik Diselamatkan Jiran...

JOHOR BAHRU - Dua kanak-kanak dipercayai adik-beradik berjaya diselamatkan jiran mereka daripada terperangkap...

Bila Hujan, Tidur Penduduk...

CAMERON HIGHLANDS - Tiada lagi istilah tidur buat seorang peruncit, Ng Yoke Sun...

Saringan Sejarah Kesihatan Sebelum Layak Terima Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA – Saringan alahan dan sejarah kesihatan lain akan dilakukan, sebelum seseorang vaksin disahkan layak untuk menerima vaksin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin, tidak diberi suntikan vaksin COVID-19. 

“Selepas seseorang penerima diberikan suntikan vaksin, pemantauan akan dibuat selama 15 hingga 30 minit di pusat pemberian vaksin, sebelum penerima vaksin itu dibenar pulang.

“Ini bagi memastikan tiada reaksi alahan yang serius berlaku, sejurus selepas menerima suntikan vaksin,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di sini, hari ini.

Seperti vaksin lain, Muhyiddin berkata, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan sampingan yang ringan seperti sakit atau bengkak di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, menggigil dan demam.

“Walaupun kesan sampingan serius seperti anafilaksis boleh berlaku, namun ia jarang berlaku. Sekiranya berlaku kesan sampingan serius seperti anafilaksis, rawatan segera akan diberikan.

“Pemantauan berterusan akan dibuat bagi menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin sepanjang Program Imunisasi COVID-19 dilaksanakan. Tindakan penambahbaikan akan dibuat berdasarkan kepada hasil pemantauan dan penilaian program secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, hospital swasta sudah memberi kerjasama secara sukarela untuk menyediakan kemudahan kesihatan, sumber manusia serta kakitangan dalam usaha memerangi COVID-19 sepanjang pelaksanaan Proklamasi Darurat.


Kerjasama itu, katannya, membolehkan kerajaan tidak perlu melaksanakan pengambil alihan sementara aset swasta seperti yang sudah diperuntuk mengikut Ordinan Darurat.

“Walaupun ada Ordinan Darurat diperuntukkan, kerjasama diberi pihak swasta amat baik. Mereka bersedia memberikan bantuan dan segala bentuk sokongan. Hospital swasta kesemuanya sudah bersedia membantu menyediakan kemudahan di hospital seperti katil dan doktor.

“Jadi respons agak baik ini tidak memerlukan kita menguatkuasakan apa yang ada dalam Ordinan Darurat,” katanya. 

Beliau berkata, untuk memastikan program vaksinasi berjaya pada masa depan, peranan badan bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat akan digembleng untuk menggalakkan masyarakat mendaftar vaksin COVID-19.

“Ini termasuk masyarakat di luar bandar, ketua kampung, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli serta masyarakat pedalaman, sampai ke Sabah dan Sarawak. 

“Saya yakin dan percaya dengan adanya segala sokongan yang ada, maka usaha kita untuk memerangi wabak akan berjaya dan usaha vaksinasi dapat dijalankan secara lancar,” katanya. – BH Online

Kategori