Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Takkan Mohon Maaf,...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan memohon maaf kerana meletakkan keselamatan sebagai keutamaan rakyat...

MCA Tidak Akan Rebut...

BUTTERWORTH - MCA Pulau Pinang tidak berhasrat untuk merebut mana-mana kerusi tambahan daripada...

UniMAP Perbaharui Rekod Domino...

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memperbaharui rekod jumlah penyertaan paling ramai membentuk...

PM Curi Tumpuan Pada...

PEKAN - Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Paloh Hinai di sini menarik...

SKMM Siasat Penuntut Universiti Tawar Diri Jadi ‘Sugar Baby’

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dakwaan bahawa ramai wanita Malaysia terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai ‘sugar baby’ di laman aplikasi sugarbook.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, gimik pemasaran syarikat tersebut itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati bagi tujuan lain termasuk memperdaya mangsa.

“Internet dan aplikasi internet telah membuka ruang kepada komunikasi yang lebih luas dan terbuka termasuklah aktiviti tidak bermoral seperti penganjuran parti liar, hubungan terlarang dan aktiviti bertentangan dengan undang-undang seperti penyediaan khidmat pelacuran dalam talian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat oleh polis di bawah Kanun Keseksaan.

“Jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM manakala sekiranya platform itu didapati melanggar undang-undang negara ini, SLMM akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik aplikasi berkenaan,” katanya.

Jabatan itu berkata, selain sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan percintaan dalam talian.


“Pengguna harus sedar bahawa mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

“Risiko scam percintaan akan bertambah dengan terdedah juga kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi serta gangguan seksual,” katanya.

Sebelum ini, seramai 12,705 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dilaporkan mendaftar dengan aplikasi sugarbook untuk mencari ‘sugar daddy’. – Sinar Harian

Kategori