Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bekas MP Langkawi Meninggal...

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, dilaporkan meninggal dunia meninggal dunia kira-kira...

Covid-19 : 1,054 Kes;...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 1,054 kes termasuk satu kes import, menjadikan...

Pusat Pemindahan Banjir Di...

IPOH - Pusat pemindahan sementara di Kampung Pengkalan Ara, Sungai Manik di daerah...

Kelantan Larang Penyokong Pelawat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi peringatan kepada penyokong pasukan...

SPHM: Boleh Semak Portal Halal, Aplikasi SmartHalal

KUALA LUMPUR – Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) boleh didapati di portal Halal www.halal.gov.my atau aplikasi SmartHalal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata masyarakat Islam tidak perlu ragu dengan pengimport yang mempunyai sijil itu.

“Saya amat prihatin akan kebimbangan umat Islam dalam hal ini. KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selaku agensi berautoriti telah melaksanakan prosedur yang tepat bagi pengurusan kes kartel daging import ini.

“Adalah sebaiknya proses penguatkuasaan dilaksanakan oleh mereka yang diberi kuasa mengikut lunas perundangan. Insya-Allah selepas selesai perbicaraan dan tindakan undang-undang di mahkamah, semuanya akan selesai,” katanya.

Pada 1 Disember lepas,  negara dikejutkan dengan pembongkaran kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan

Pada 29 Januari, Zulkifli berkata status halal sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran boleh diperoleh dengan cepat dan mudah dengan hanya mengimbas QR Code pada aplikasi telefon pintar SmartHalal ketika melancarkan kod berkenaan secara maya.


Sementara itu, beliau berkata rundingan meja bulat anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pengimport dan pengedar daging dan produk daging pada 11 Jan menghasilkan banyak keputusan yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia.

Antara pemegang SPHM dalam kalangan pengimport daging berlesen yang hadir dalam pertemuan itu ialah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Sushi King Sdn Bhd, Kyros Kebab Sdn Bhd, Melawati Kebab Sdn Bhd, Nusantara Meat Berhad, Ramly Food Processing Sdn Bhd, Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd, Macfood Services (M) Sdn Bhd dan Selamat Supplies Sdn Bhd.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan hasil rundingan itu yang turut melibatkan KPDNHEP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta pihak berkepentingan dalam industri berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut memuat naik aliran proses import daging ke Malaysia untuk pengetahuan orang ramai yang merangkumi empat langkah iaitu secara bersama, permit import, kawalan pintu masuk negara oleh dua agensi penguatkuasaan dan pasaran dengan setiap langkah menjadi tanggungjawab jabatan berkaitan. – BERNAMA

Kategori