WANITA bercermin mata dalam gambar ini memaafkan pembunuh anaknya di saat akhir dan perbuatannya menarik perhatian dunia.
Samereh Alinejad dalam satu temuramah dengan media memberitahu, beliau bertindak demikian setelah bermimpi berulang kali bertemu arwah anaknya yang memohon pembunuhnya, Balal diampunkan.
Samerah berkata, dia sebenarnya tidak berniat memaafkan Balal dan tekad melihat pemuda itu digantung sehingga saat terakhir.
Dia tidak mahu mempercayai mimpinya.
Namun, dia bertindak memaafkan juga apabila terfikir apa perasaan ibu bapa Balal bila mereka kehilangan anak mereka pula nanti.
Ketika itu, tali gantung sudah berada di leher Balal.
Walaupun Balal terlepas dari tali gantung, dia tetap dipenjarakan kerana waris mangsa hanya mampu menahan perlaksanaan hukuman bunuh di Iran.
Anak Samerah, Abdollah Hosseinzadeh dibunuh oleh Balal menggunakan pisau dalam satu pergaduhan jalanan pada tahun 2007.
Samerah berkata, dendam telah meninggalkan dirinya sebaik beliau memaafkan Balal. – Mynewshub.TV