Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tahniah… Shila Amzah Kini...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat penyanyi, Shila Amzah yang telah selamat mengikat tali pertunangan...

Program Advokasi Terhadap Peniaga...

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah akan melakukan program advokasi dalam...

Bangkai 2 Helikopter Terbabit...

LUMUT: Bangkai dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di...

Putera Charles Dan Camilla...

GEORGE TOWN - Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of...

Terdapat Keperluan Mendesak Untuk Keluar i-Sinar Tanpa Syarat

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan mendesak untuk kerajaan melonggarkan syarat pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat bagi membantu golongan yang terjejas.

Pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed berkata keperluan tersebut mengambil kira peningkatan kadar pengangguran pada suku keempat 2020.  

Bagaimanapun, katanya terdapat impak jangka pendek terhadap pelaburan KWSP daripada pengeluaran tanpa syarat yang bakal dilaksanakan itu. 

“Sedikit sebanyak memang ada impak antara 10 dan 15 peratus daripada keseluruhan pemilikan. Namun, dalam jangka masa panjang, KWSP boleh terlibat dalam projek pembangunan kerajaan untuk mereka membuat suntikan seterusnya meningkatkan pendapatan dan simpanan mereka,” katanya. 

Anuar Shah berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Malaysia Petang Ini mengenai Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat terbitan Bernama TV hari ini. 

Beliau berkata jangka hayat rakyat Malaysia kini meningkat sehingga 75 tahun dan memerlukan simpanan yang tinggi selepas mereka bersara. 

“Jika pekerja bersara pada umur 55 tahun atau 60 tahun, mereka mempunyai kira-kira 15 tahun hingga 20 tahun untuk meneruskan kehidupan.


“Berdasarkan unjuran, mereka memerlukan RM240,000 hingga RM300,000 untuk meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha berkata kerajaan perlu memperkemaskan sistem perlindungan sosial negara yang tidak seimbang.  

“Saya ingin menasihatkan belia dan rakyat Malaysia bahawa wang yang diperoleh ini umpama kita meminjam dari masa depan. Justeru, kita perlu menggunakan sebaiknya.

“Kami di peringkat Majlis Belia Malaysia cuba bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit bagi memperhebatkan latihan dalam talian untuk literasi kewangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori