Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Seludup 18.7 Kilogram Dadah...

KUALA TERENGGANU : Polis mengesan taktik baharu penyeludupan dadah ke negara ini melalui...

VIDEO: Lelaki Pertahan Remaja...

VIDEO mengenai seorang lelaki mat saleh bertindak 'membuli' seorang remaja di dalam sebuah...

Terengganu Tekad Cemerlang Saingan...

KUALA TERENGGANU - Sikap terlalu berhati-hati dan teragak-agak untuk merebut bola daripada pihak...

Polis Tahan Lelaki Tawar...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menawarkan tiket penerbangan palsu kepada...

Tiada Kluster Baharu Rentas Negeri Semalam

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kluster baharu membabitkan rentas negeri semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebelum ini KKM mengesan 31 kluster rentas negeri sejak 7 Disember hingga 8 Februari lalu.

“Kita mencatatkan 4,376 kes jangkitan rentas negeri berlaku di lapan negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Wilayah Persekutuan.

“Penularan ini berlaku membabitkan enam negeri asal iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, ketiadaan kluster baharu rentas negeri adalah perkembangan yang sangat baik untuk menggambarkan keberkesanan penguatkuasaan lebih ketat yang dilaksanakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 4 Februari lalu.

“Perkembangan ini juga menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pelbagai pihak dan keberkesanan pematuhan untuk tidak merentas sempadan selain mengamalkan norma baharu yang diulangi dalam nasihat KKM. 

“Kita sudah dapat mengurangkan jangkitan baharu dengan melindungi diri dan melindungi orang lain dari jangkitan Covid-19,” katanya.


Katanya, KKM menyeru seluruh peringkat masyarakat, tanpa mengira sesiapa pun untuk terus bersama-sama mematuhi PKP dan mengamalkan norma baharu.

“Dengan pematuhan dan amalan norma baharu serta vaksinasi kelak, kita akan sama-sama menuju kepada matlamat untuk menamatkan pandemik virus maut ini. 

“Kita semua akan lebih selamat…Insya-Allah negara akan kembali makmur,” katanya. 

Semalam, sebanyak 2,764 kes baharu direkodkan di negara ini dengan 3,887 kes sembuh. 

Angka itu menunjukkan penurunan yang jelas jika dibandingkan dengan 5,728 kes harian tertinggi pada 30 Januari lalu dengan 3,805 kes sembuh. – myMetro Online

Kategori