Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peguam Saman Kerajaan, Agong...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam hari ini, memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang...

Pemandu, Kelindan Maut Kenderaan...

KUANTAN - Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepos kenderaan dinaiki mereka merempuh...

Budak 11 Tahun Pandu...

GARA-gara terlalu obses dengan kereta, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadikan Internet sebagai...

Memalukan….Menteri Mengaku Tak Baca...

PARIS –Seorang menteri wanita Perancis, Fleur Pellerin mengejutkan penduduk di negara berkenaan selepas...

Vaksin Covid-19 Sudah Tiba Di Sabah

KOTA KINABALU – Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tepat jam 12.40 tengah hari pada Khamis.

Bekalan vaksin itu tiba dengan menaiki pesawat TH314 Raya Airways yang berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Sepang, pada jam 10.30 pagi.

Ketibaan vaksin itu disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun bagi mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut menyambut ketibaan vaksin itu adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Terdahulu, beberapa kenderaan milik DHL turut dilihat di pekarangan lapangan terbang untuk membawa vaksin tersebut ke pusat penyimpanan yang telah ditetapkan. – Sinar Harian

Kategori