Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kekal Saiz Perkhidmatan Penjawat...

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengharapkan saiz perkhidmatan penjawat awam sedia...

Khairy Sindir FAM Sibuk...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir Persatuan Bola Sepak Malaysia...

Polis Sudah Kenalpasti Dalang...

HASIL siasatan awal, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat merakam dan...

7 Individu Ditahan Bantu...

KUALA LUMPUR - Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang...

Vaksin: Jarum Berbeza Elak Pencemaran Silang

PUTRAJAYA – Penggunaan warna jarum yang berbeza semasa suntikan adalah untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, perbezaan warna jarum adalah menunjukkan saiz lubang jarum yang berbeza.

“Semasa menyedut vaksin dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar iaitu warna biru bagi memastikan proses pengekstrakan berjalan lancar,” katanya.

Menurut unit komunikasi itu, penggunaan jarum bersaiz lebih kecil iaitu merah atau jingga adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan kesan lebam.

“Apa yang penting, kandungan vaksin diambil dari botol dan diberikan kepada pesakit tidak akan berubah,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.


Berkaitan perkara itu, timbul perdebatan warganet selepas sesi suntikan Comirnaty terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu yang menggunakan jarum berwarna jingga.

Sebelum itu, jururawat bertugas menggunakan jarum biru untuk mengambil dos vaksin daripada botol. – Sinar Harian

Kategori