Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

5 Faktor Tarik Pengundi...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Diskaun Tol 3 Lebuh...

KUALA LUMPUR - Lebih 452,000 pengguna di tiga lebuh raya iaitu Lebuh Raya...

Dua Lelaki Menyamar Anggota...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan...

Vaksin Pfizer Boleh Disimpan Suhu Biasa Peti Beku Farmaseutikal

WASHINGTON – Vaksin COVID-19 keluaran Pfizer yang dibekukan, boleh disimpan pada suhu biasa peti beku farmaseutikal untuk tempoh menjangkau dua minggu, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ia sekali gus menyuntik kelonggaran berbanding sebelum ini yang memerlukan vaksin terbabit disimpan pada suhu ultra rendah antara -80 hingga -60 darjah Celsius.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penilaian Biologi FDA, Peter Marks, berkata langkah itu dapat membantu mempermudahkan proses pengangkutan dan penyimpanan vaksin berkenaan.

“Suhu alternatif bagi pengangkutan dan penyimpanan itu akan membantu mengurangkan beban membeli peralatan simpanan dengan suhu ultra rendah di lapangan vaksinasi, selain membolehkan vaksin berkenaan dihantar ke lebih banyak tempat,” katanya.

Susulan itu, FDA memaklumkan, pihaknya akan mengemas kini lampiran fakta kepada penyedia penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa.

Peti beku farmaseutikal dalam pasaran ketika ini lazimnya beroperasi pada suhu sekitar -20 darjah Celsius.


Langkah kelonggaran itu menyusul selepas syarikat farmaseutikal berpangkalan di AS itu mengemukakan permohonan berdasarkan penyelidikannya terhadap aspek kestabilan vaksin berkenaan ketika berada bawah suhu lebih panas.

Vaksin itu dihasil menggunakan teknologi baharu dan sebaik saja nyahbeku, boleh disimpan pada suhu peti sejuk antara 2 hingga 8 darjah Celsius hingga lima hari.

Selain itu, ia boleh disimpan pada suhu bilik bagi tempoh tidak melebihi dua jam. – Agensi

Kategori