Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes SRC: Najib Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Ibu Pejabat...

AirAsia Padam Iklan Papar...

SEPANG - AirAsia terpaksa memadamkan iklan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya setelah...

Perkeso Perjelas Penyusutan Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Penyusutan 99.8 peratus pelaburan asing yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan...

“Tidak Perlu Bimbang” –...

KAJANG - Majikan yang ingin mengupah pembantu rumah asing secara langsung tidak perlu...

Waspada Dengan Manipulasi Sentimen Kaum Ahli Politik – PM

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia harus berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada majlis pelancaran secara maya Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 hari ini, perdana menteri berkata ia merupakan cabaran utama dalam hampir semua negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

“Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan,” katanya pada majlis yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Perpaduan Negara.

Beliau berkata kerajaan sedar, rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah dikecapi selama ini demi matlamat peribadi.

“Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara. Berpegang kepada prinsip inilah Kementerian Perpaduan Negara telah diwujudkan bagi menggalas tugas berat memastikan agenda perpaduan nasional dijayakan,” katanya.

Muhyiddin dalam ucapan kira-kira 30 minit itu berkata rakyat Malaysia khususnya petugas barisan hadapan telah membuktikan sifat empati terhadap satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama sewaktu negara berdepan dengan krisis COVID-19.


Menurutnya, sifat empati ini harus diperkukuhkan dalam masyarakat sekali gus membantu usaha mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan.

“Dalam tempoh negara berdepan wabak COVID-19 ini, saya sedar bahawa ramai dalam kalangan kita juga telah menunjukkan sifat empati sesama kita.

“Kita perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam usaha kita hendak memahami isi-isu kaum dari perspektif yang lebih seimbang dan menyeluruh. Seperti beberapa negara-negara berbilang kaum yang lain, kadangkala kita hanya melihat isu kaum dari sudut kaum atau kumpulan tertentu,” katanya.

Perdana menteri percaya perspektif ini perlu diperbaiki supaya menjadi lebih seimbang dan holistik dan harus dipupuk melalui sistem pendidikan dan media. – BERNAMA

Kategori