Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rakyat Perlu Rebut Peluang...

JOHOR BAHRU - Rakyat di negeri ini disaran merebut segala peluang yang diberikan...

Letupan Gas: Jasad Chin...

BUTTERWORTH – Jasad mendiang Chin Hsien Loong, mangsa yang maut dalam tragedi letupan...

Peket Rokok 10 Batang...

KUALA LUMPUR - Cadangan pengenalan semula peket rokok 10 batang adalah langkah yang...

Peruntukan RM2 Juta Untuk...

PETALING JAYA - Peruntukan RM2 juta adalah untuk keseluruhan program Siri Berbasikal Remaja...

Waspada Gadai Barang Berharga, Elak Jadi Mangsa Tipu

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta masyarakat agar berwaspada jika menggadaikan barangan berharga di pajak gadai bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata ini kerana kemungkinan wujudnya kegiatan pajak gadai tidak berlesen atau penipuan pajak gadai yang mengambil kesempatan ke atas mangsa terdesak untuk mendapatkan wang.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac tahun lepas sedikit sebanyak memberikan impak dari segi ekonomi dan pendapatan golongan tertentu. Demi kelangsungan hidup, sesetengah daripada mereka terpaksa menggadaikan barangan berharga di pajak gadai.

“Sekiranya masyarakat ingin menggadaikan barangan berharga, sila pastikan berurusan dengan syarikat pajak gadai yang dilesenkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan sesekali berurusan melalui medium secara dalam talian kerana kegiatan pajak gadai hendaklah dijalankan secara fizikal di premis perniagaan berdaftar.

Beliau berkata walaupun PDRM tidak menerima sebarang laporan kes berkenaan, kebarangkalian untuk kes-kes sebegini berlaku adalah tidak mustahil.


Zainuddin berkata masyarakat perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil tahu prosedur serta undang-undang yang berkaitan bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan.

“Usaha dan peranan PDRM serta masyarakat adalah amat penting bagi memastikan negara ini terhindar daripada perlakuan jenayah komersial. Antara lain, masyarakat juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat dan mengutamakan keperluan,” katanya.

Beliau berkata hidup secara bermewah-mewah bukan lagi suatu pilihan kerana yang lebih penting adalah memastikan kelangsungan hidup itu sendiri. – BERNAMA

Kategori