Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tommy Thomas Letak Jawatan...

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada...

P.Pinang Tunggu Kerajaan Pusat...

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih menunggu kelulusan kerajaan...

Pemeriksaan Imigresen Kembali Normal

SINGAPURA - Sistem pemeriksaan darat oleh pihak imigresen di sini kembali normal pagi...

Shahidan Saman ADUN Kuala...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Azam Karap akui menerima notis saman...

WHO Cabar Pengkritik Siasatan Covid-19 Tampil Beri Maklumat

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam pengkritik siasatan terhadap asal usul wabak Covid-19 dan mencabar mereka yang mengaku tahu lebih baik untuk tampil memberi maklumat.

Menurut laporan AFP, pasukan penyiasat WHO kini berada di Wuhan, China, lokasi pertama kes Covid-19 ditemui pada Disember 2019, berusaha mengumpul punca virus itu merebak daripada haiwan ke manusia, seterusnya mengorbankan lebih 2 juta orang.

Pengarah kecemasan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michael Ryan menyelar pengintip misi itu dan menegaskan pihak yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai kaedah penularan wabak itu agar tampil ke hadapan.

Dr Ryan mengatakan terlalu ramai pengkritik menjelaskan ‘tidak akan menerima laporan itu ketika diterbitkan’ atau ada ‘risikan lain tersedia yang mungkin menunjukkan perbezaan bagaimana penemuan virus itu merebak berbeza’.

“Sekiranya anda mempunyai jawapan, sila beritahu kami,” kata Dr Ryan pada sidang akhbar ibu pejabat WHO di Geneva.

Beliau turut mempersoalkan dan mengatakan pihak terbabit turut bertanggungjawab apabila ‘menjelaskan akan menolak laporan sebelum ia ditulis? dan adakah mempunyai maklumat risikan yang tidak diketengahkan?’.

Sebelum ini, misi WHO dibebani politik China yang pada awalnya menolak akses pasukan itu hingga pertengahan Januari, serta persoalan mengenai apa yang dapat ditemui oleh pakar, setahun kemudian.


Beijing berminat untuk memberi tumpuan kepada pemulihan wabak tersebut. Pasukan itu mengadakan lawatan pameran progpaganda untuk meraikan pemulihan China daripada wabak di Wuhan pada Sabtu lalu.

Dr Ryan membalas persoalan merujuk kepada Menteri Luar Negeri baharu Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dengan mengatakan China tersasar ‘daripada landasan’.

Ryan berkata, pasukan di lapangan perlu mendapat sokongan antarabangsa selain ‘sudah tiba masa bagi pihak yang mendakwa dan menganggap mereka mempunyai maklumat untuk mula menyalurkannya’.

Beliau turut menyifatkan semua penyelidikan penyakit berjangkit yang menemui maklumat kemudian menimbulkan persoalan lanjut seperti kisah detektif. – Agensi

Kategori