Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Di Malaysia...

PUTRAJAYA - Umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad...

Laporan Lengkap Tren Kargo...

KUALA LUMPUR - Laporan lengkap insiden tren kargo tergelincir di Km200.332 di Kampung...

Gemar Dan Selesa Guna...

PENYANYI yang melonjak naik dengan lagu Teringin, Luka Dilukai dan beberapa lagi pada...

Rumah Kongsi Ada Kamera...

AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita menyaman syarikat rumah kongsi, Airbnb selepas mendakwa pemilik...

1,116 Kes Baharu Covid-19, 5 Kematian, 1,495 Pulih

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19, hari ini direkodkan sebanyak 1,116 kes, menurun 211 kes berbanding semalam.

Jumlah itu sekali gus menjadikan angka keseluruhan penularan wabak ialah 334,156 kes, dengan kes aktif adalah 14,134 kes, manakala lima kematian baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, lapan adalah kes import, sementara 1,108 kes membabitkan penularan tempatan. 

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 403 kes, diikuti Kuala Lumpur (158 kes) dan Sarawak (124 kes). 

“Sebanyak 77 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes); Kluster Tembok Tapah (8 kes); Kluster Tembok Taiping (6 kes); Kluster Jalan Awang (2 kes); Kluster DTI Machap Umboo (2 kes); Kluster DTI Sepang 2 (1 kes); Kluster Telok Mas (1 kes); Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes) dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Noor Hisham berkata, terdapat 156 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan. 


“Sebanyak 1,495 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 318,784 kes atau 95.4 peratus daripada jumlah keseluruhan. 

“Lima kes kematian yang dilaporkan hari ini, masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membabitkan pesakit berusia antara 44 hingga 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik,” katanya.

Beliau memberitahu kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 1,238 kes. – myMetro Online

Kategori