Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

WhatsApp Kini Boleh Tag...

KETIKA berada dalam WhatsApp Group, mungkin agak sukar untuk anda tujukan sesuatu mesej...

Amah Punyai Kening Termahal...

SEORANG pembantu rumah warga Indonesia di Singapura mendapat kejutan dalam hidupnya apabila dia...

Kilang Perabot Rugi Hampir...

ALOR SETAR - Sebuah kilang perabot dan kilang kasut yang terletak di dalam...

Aiskrim Perisa Sos Tomato...

HASTINGS - Sebuah syarikat pengeluar makanan, Wattie's mengumumkan rancangan untuk menawarkan aiskrim berperisa...

195,923 Individu Divaksin Setakat 9 Mac

KUALA LUMPUR – Seramai 195,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah divaksin setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menurut laporan harian pemberian dos satu vaksin mengikut negeri, Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 27,500 individu, diikuti Selangor (19,251), Kuala Lumpur (16,887) dan Pahang (16,342).

“Sabah seramai 16,245 orang; Perak (15,881); Johor (15,843); Kelantan (14,185); Kedah (11,638); Terengganu (11,261) dan Negeri Sembilan (8,385).

“Di Pulau Pinang pula 7,781 orang mendapatkan vaksinasi, Melaka (5,365); Perlis (4,158); Putrajaya (2,941) dan Labuan (2,260),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter dan Facebook beliau pada Rabu.

Pada 24 Februari lepas, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech. – BERNAMA

Kategori