Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

PAS Seru Bekas Mufti...

KUALA LUMPUR - PAS menyeru Mantan Mufti Terengganu, Datuk Dr. Ismail Yahya supaya...

Kasanova Menyamar ‘Inspektor Vijay’...

Georgetown - Polis mengesahkan seorang lelaki berpendidikan setakat darjah empat yang menyamar sebagai...

Jawi Sudah Mula Siasat...

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera...

Petugas PAS Di Pengkalan...

KUALA LUMPUR - Peguam Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) bertindak...

1,973 Sembuh, 3 Kematian, 1,208 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR – Kes sembuh akibat Covid-19 yang direkodkan, hari ini lebih tinggi berbanding kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, kes sembuh dicatatkan sebanyak 1,973 kes manakala, kes baharuialah 1,208 kes yang menjadikan jumlah kumulatif cecah 324,971 kes.

Katanya, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi dengan 379 kes (31.4 peratus), yang mana 333 kes atau 87.9 peratus disumbang daripada kluster aktif hasil saringan kontak rapat di lapangan.

“Ia diikuti Sarawak sebanyak 251 kes (20.8 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 142 kes (11.8 peratus).

“Sementara itu, tiga kes kematian hari ini masing-masing satu di Selangor, Johor dan Sarawak. Kes ini membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau memaklumkan, terdapat 155 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 daripada pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya juga, sebanyak 12 daerah di semenanjung Malaysia sudah kembali ke zon hijau berdasarkan 14 hari taburan kes, sejak 2 Mac lalu.

“Jadi, sila duduk di rumah dan jika terpaksa keluar patuhilah segala SOP. Kita perlukan tahap disiplin yang tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya. – myMetro Online

Kategori