Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PANAS, Ratu Kontroversi ...

ALKISAH siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita ini, Sharifah Sakinah yang sememangnya...

1,059 Pelajar Terjejas Banjir...

BALING: Seramai 1,059 pelajar dari 17 buah sekolah rendah serta 10 buah sekolah...

PRU-15: Penyokong Kecoh, FRU...

TENOM : Proses penamaan calon di Dewan DSP Antanom kecoh apabila sepasukan penyokong...

Wanita Indonesia Ditahan Disyaki...

TAWAU - Polis menahan seorang wanita warga Indonesia kerana disyaki memiliki dadah...

2.4 Juta Bakal Terima Bantuan Hilang Pendapatan – PM

KUALA LUMPUR – Seramai 2.4 juta individu bakal menerima bantuan kehilangan pendapatan dengan nilai peruntukan RM1.2 bilion mulai Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan berkenaan membabitkan dua kategori iaitu wang tunai RM500 secara one-off kepada B40 yang hilang pendapatan, manakala bayaran tambahan RM500 untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

“Kedua-dua kategori ini membabitkan penerima berusia 21 hingga 60 tahun dan tidak melalui proses pendaftaran permohonan. 

“Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

“Insya-Allah, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Menurutnya, bagi individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan. 


“Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka. 

“Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

“Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan tempoh kuat kuasa perlindungan bagi ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual yang akan berakhir pada 31 Mac ini sehingga 30 Jun ini. 

“Jenis kontrak yang terbabit akan turut diluaskan bagi membantu rakyat yang terkesan dan gagal memenuhi obligasi kontrak mereka,” katanya. – myMetro Online

Kategori