Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Protun: Keperluan Atau Sebahagian...

BELUM habis satu perkara berpindah pula kepada perkara baru yang lain sengaja diada-adakan...

10 EXCO Kedah Angkat...

ALOR SETAR - Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah selesai mengangkat...

Abam Bocey ‘Panas’ Dengan...

OTAI industri hiburan, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Ogy memang cukup sinonim...

Tempat Kerja Kekal Lubuk...

KUALA LUMPUR - Kemunculan berterusan kluster baharu terutama kluster tempat kerja sepanjang pelaksanaan...

3 Negeri Bertukar PKPP, 6 Lagi Kekal PKPB

KUALA LUMPUR – Kedah, Perak dan Negeri Sembilan yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) kini ditukar kepada PKP Pemulihan mulai 19 Mac hingga 31 Mac.

Manakala, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak kekal berstatus PKPB bagi tempoh itu dengan Sarawak bermula 16 Mac hingga 29 Mac.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun aktiviti merentas negeri masih dilarang kecuali melalui gelembung perjalanan yang diuruskan sektor pelancongan.

“Hanya rentas daerah sahaja dibenarkan kecuali bagi Sabah dan Sarawak yang melarang aktiviti rendah daerah di negeri masing-masing.

“Negeri dan wilayah yang kekal dalam PKPP antaranya Perlis, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan,” katanya pada sidang media perkembangan PKP hari ini. – myMetro Online

Kategori