Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Obama Hubungi Thein Sein,...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membincang lawatannya ke Myanmar dengan...

Miss Filipina Dakwa 2...

MANILA - Ratu cantik Filipina, Ruffa Gutierrez mendakwa dua anak perempuannya diganggu oleh...

Bunuh Nur Farah: 7...

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan...

Masjid, Surau Disaran Adakan...

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat...

3 Vaksin COVID-19 Dilulus Pendaftaran Secara Bersyarat

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan pendaftaran secara bersyarat tiga vaksin COVID-19 untuk digunakan ketika pandemik. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga vaksin berkenaan ialah ‘COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection’ dari pengilang Medimmune Pharma B V Netherland, ‘CoronaVac Suspension for Injection’ atau Sinovac dan ‘COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection’ iaitu pemegang pendaftaran oleh Pfizer. 

Katanya, pendaftaran secara bersyarat itu memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data tambahan dan terkini untuk dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). 

“Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemas kini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin berkenaan kekal positif.

“Pada masa ini, NPRA juga masih menilai dua lagi produk vaksin COVID-19 iaitu Gam-COVID-Vac atau Sputnik V (keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia) dan CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini. 


Dr Noor Hisham berkata pihaknya akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang sudah dinilai daripada pelbagai aspek antaranya kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA serta diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). 

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras sasaran Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan,” katanya. – BH Online

Kategori