Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Belum Ada Arahan Sekatan...

KERAJAAN Arab Saudi belum mengeluarkan arahan rasmi untuk menggantung sementara kemasukan jemaah Malaysia...

5 Tips Kecantikan Di...

Kebanyakkan orang di dunia gemar memakan ketang dan merupakan di antara bahan yang...

Gedung Pakaian Kamdar Di...

KUALA LUMPU - Gedung pakaian terkemuka Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar...

Tips: Anda Mahu Tahu...

Mungkin malang tidak berbau, bagaimanakah jika sesuatu kemalangan telah berlaku kepada anda?Pasti anda mahupun...

481,989 Individu Sudah Terima Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 481,989 individu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 430,368 individu telah menerima dos pertama vaksin sementara 51,621 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasminya hari ini, tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin iaitu Selangor (58,552), Perak (49,451) dan Sabah (41,125).

“Ini diikuti Kuala Lumpur (37,254), Sarawak (36,103), Pahang (33,317), Johor (31,451), Pulau Pinang (30,394), Kedah (26,293), Kelantan (19,734), Terengganu (19,698), Negeri Sembilan (19,639), Melaka (10,875), Perlis (9,526), Putrajaya (4,612) dan Labuan (2,344),” katanya.

Sementara itu, tiga negeri merekodkan bilangan tertinggi individu yang telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin berkenaan iaitu Sarawak (10,166), Pahang (5,793) dan Perak (5,337).


Diikuti Kuala Lumpur (4,894), Kelantan (4,647), Johor (3,271), Kedah (3,138), Terengganu (2,406), Selangor (2,174), Negeri Sembilan (1,802), Pulau Pinang (1,721), Sabah (1,525), Melaka (1,443), Labuan (1,276), Perlis (1,037) dan Putrajaya (991).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasarkan untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk di negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. – BERNAMA

Kategori