Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Usahawan MAHA: TV Alhijrah...

HANYA selepas empat hari bersiaran, semua slot promosi produk usahawan Muslim di bawah jenama...

Manifesto Pembangkang Macam Pak...

TENTU ramai lagi masih ingat dengan janji manifesto yang pernah dibentangkan pembangkang ketika...

‘Biar Semua Kecap Bahagia’

KUALA LUMPUR - “Kakak, mari dekat ustaz. Ustaz nak cerita, kita semua adalah...

Gadis ‘Hijab Terbuka’ Kongsi...

PASTINYA tiada siapa dalam kalangan kita berkeinginan untuk melihat rupa sebenar makhluk halus...

Ahli Farmasi Komuniti Disenarai Penerima Vaksin Fasa 1

PUTRAJAYA – Hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di seluruh negara akan mendapat suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama selepas mereka dimasukkan dalam Kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), semalam, yang dipengerusikannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Kategori 2 merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terbabit dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.

“Ini susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG). Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, petugas barisan hadapan di Jabatan Kecemasan di hospital yang sebelum ini tidak termasuk dalam keutamaan awal kini mendapat keutamaan baharu untuk menerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama PICK yang sedang berjalan ketika ini. – BH Online

Kategori