Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sesuai Diminum Dengan Salad,...

MINUMAN karbohidrat popular, Cola-Cola telah mengeluarkan perisa baharu yang dijangka mendapat perhatian ramai...

DAP Gembira Ahli Parti...

KUALA LUMPUR - DAP memuji Parti Amanah Negara (PAN) kerana berjaya memperoleh seramai...

Video: Akibat Tak Matikan...

SUDAH acap kali berlaku, namun masih lagi ada ibu bapa cuai yang meninggalkan...

Satu Kluster PRN Melaka

Jasin : Hanya satu kluster membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikesan dalam...

Ahli Parlimen Putatan Nafi Akan Keluar PKR

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan PKR.

Tuduhan beliau akan melompat parti itu, katanya, tidak berasas dan hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baiknya.

“Saya tidak tahu dari mana mereka dapat maklumat itu… namun saya berterima kasih kerana mereka buat saya ‘popular’,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli PKR Sabah khususnya di kawasan Putatan tidak mempercayai tuduhan berkenaan yang menurutnya hanya bertujuan mahu memecah-belahkan parti berkenaan.

“Saya nasihatkan jangan sesekali mendengar atau percaya apa yang ditulis dalam laman web kerana itu hanya tuduhan semata-mata,” tegasnya.

Dakwaan yang menyatakan Awang Husaini akan keluar parti timbul selepas dua Ahli Parlimen PKR, Larry Sng dari Julau, Sarawak dan Stephen Choong dari Tebrau, Johor, bertindak keluar parti pada Ahad lalu dan menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – BERNAMA

Kategori