Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Staf Kementerian,10 Firma Seleweng...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya lima pegawai kementerian yang dipercayai ada kaitan dengan 10...

Pusat Tahfiz Terbakar: Cuma...

KUALA LUMPUR - Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat...

Saringan Covid-19 Percuma Untuk...

PUTRAJAYA - Saringan koronavirus (Covid-19) untuk pekerja boleh dilakukan secara percuma menerusi panel...

Pakej Kurangkan Kos Bina...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk mewujudkan pakej yang akan memberi...

Bantuan Khas RM200 Sebulan Kepada Penjawat Awam Di PPV

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju Bantuan Khas Covid-19 dengan kadar RM200 sebulan dipanjangkan kepada penjawat awam yang terbabit dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, bantuan khas itu dinilai selepas mengambil kira pertambahan tugas 15,000 petugas yang ditempatkan di hampir 950 PPV seluruh negara.Ā 

“Fokus pertama kerajaan ketika ini untuk mengawal penularan Covid-19 dengan melaksanakan pelbagai tindakan kesihatan awam untuk membendung pandemik itu.Ā 

“Ini termasuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang setakat hari ini, lebih 300,000 rakyat menerima suntikan pertama vaksin,” katanya dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) hari ini.Ā 

Menurutnya, kerajaan juga akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021 berbanding sasaran awal iaitu pada suku pertama tahun depan. – myMetro Online

Kategori