Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penculikan Di Sabah: Malaysia...

KOTA KINABALU - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia akan menghubungi...

FAMA Raih RM6.35 Juta...

SERDANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatat nilai jualan berjumlah RM6.35...

CEO Zakat P.Pinang Sekali...

BUTTERWORTH - Selepas dua kali didakwa di mahkamah sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif...

“Bukan Saja Hero Negara,...

SEPANJANG perlawanan bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini, nama N. Thanabalan...

Budak Maut Tertinggal 5 Jam Dalam Kereta

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas lebih lima jam ditinggalkan dalam kereta dipandu seorang pengetua sebuah tadika di Taman Ria, di sini, semalam.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata sebelum pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetua wanita berusia 49 tahun itu akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada hari Ahad hingga Khamis.

Bagaimanapun, katanya, selepas PKP pengetua itu hanya mengambil dan menghantar mangsa pada hari Selasa dan Rabu, manakala hari lain mangsa dihantar oleh ibunya sendiri.

“Siasatan awal mendapati, pengetua tadika itu mengambil mangsa di rumahnya pada jam 7.45 pagi semalam dan pada waktu itu, mangsa berusia tiga tahun 11 bulan berada dalam keadaan sihat dan diletakkan di tempat duduk belakang bahagian kiri kenderaan.

“Sebelum itu, pengetua berkenaan juga mengambil seorang lagi kanak-kanak lain berusia lima tahun dan diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

“Namun, sebaik tiba di hadapan tadika seorang guru kemudian mengambil kanak-kanak yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika, manakala pengetua itu terus parkir keretanya di luar kawasan tadika, sebelum mematikan enjin kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, ibu mangsa bekerja di Jabatan Ukur, manakala bapanya pula seorang anggota tentera di Kem Lapangan Terbang di sini. 

Mangsa sudah hampir setahun dihantar ke tadika itu.

Adzli berkata, siasatan juga mendapati ketika kejadian mangsa berada di dalam kenderaan itu dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan.


“Mangsa dipercayai berada dalam kereta berkenaan antara jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

“Kejadian hanya disedari jam 12.15 tengah hari ketika pengetua itu hendak menghantar semula mangsa ke rumahnya, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

“Guru kelas memberitahu pengetua itu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta miliknya dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Adzli berkata, berikutan itu pengetua terbabit menghubungi ambulans dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun mangsa tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran.

“Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudian menahan wanita itu dan merampas kunci serta kereta Proton Waja miliknya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – BH Online

Kategori