Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Edar Dadah: Buruh Binaan...

Muar : Buruh binaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Dunia Jatuh Cinta Dengan...

SELEPAS pasukan bola sepak Perancis muncul juara, menewaskan pasukan Croatia 4-2. Selain menyaksikan...

Penganggur Didenda Cuba Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM2,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah...

Perwakilan Cetus Kekecohan Akan...

AYER KEROH - Anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan ahli parti yang didapati...

‘Datuk Seri’ Ugut Porak-Perandakan Polis Ditahan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengaku Datuk Seri ditahan selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Khamis lalu. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Datuk Seri berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya yang berusia 41 tahun kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu, selepas mangsa membuat laporan polis. 

“Kes ini bermula Isnin lalu apabila mangsa yang berusia 50-an didatangi dua suspek termasuk Datuk Seri berkenaan. 

“Datuk Seri itu kemudian melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa membayar sejumlah hutangnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

“Susulan itu, polis menahan kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri di sekitar kawasan Masai kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu. 

“Ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi bertindak menggugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata ‘kalau tuan tangkap saya, saya akan porak-perandakan semua balai polis dan hidup tuan’,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini. 


Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf.

“Semakan rekod Datuk Seri juga mendapati dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak, sekitar 1980-an serta 1990-an. 

“Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa,” katanya. 

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – BH Online

Kategori