Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Jaga Hati Orang Tua...

SITUASI semasa politik tanah air yang kini beralih arah pasti memberi perasaan berbeza...

AFC Bakal Kenakan Hukuman...

Kuala Lumpur: Karier penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mohd Farizal Marlias berada...

Banjir: 37 Penduduk Kampung...

ALOR SETAR - Seramai 37 penduduk Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu dekat...

Malaysia Perlu Dipulihkan Agar...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata tugas pentadbiran sekarang adalah...

Fasa Kedua PICK Bermula 19 April

PUTRAJAYA – Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik, akan bermula 19 April ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, notis janji temu bagi suntikan vaksin akan diberikan mulai 5 April, dua minggu awal sebelum tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Khairy berkata, setakat semalam (28 Mac), kira-kira dua juta individu dalam golongan fasa kedua sudah berdaftar menerusi MySejahtera, daripada sasaran sembilan juta orang.

“Sementara menunggu pendaftaran golongan fasa kedua dan bila bekalan vaksin mencukupi, mereka yang sudah berdaftar di bawah fasa ketiga, akan didahulukan untuk menerima suntikan vaksin.

“Sekiranya pendaftaran fasa kedua perlahan atau rendah, kita tidak akan tunggu dan proses vaksinasi bagi fasa ketiga akan dipermudahkan,” katanya pada sidang media perkembangan program imunisasi Covid-19, di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori