Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pembangunan Menara KL Putra...

KUALA LUMPUR - Pembangunan Menara Pusat Dagangan Dunia KL Putra yang bakal menjadi...

Dua ADUN Dilantik, Seorang...

ARAU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis...

Kenderaan Berat Tetap Dilarang...

JELEBU: Kenderaan berat dilarang memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur pada dua waktu puncak...

Dondang Sayang Terima Pengiktirafan...

KUALA LUMPUR - Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang...

FELDA Muktamad Hutang Peneroka Mei Ini

KUALA KUBU BHARU – FELDA bakal memuktamadkan penyelarasan senarai hutang peneroka Mei ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata keseluruhan hutang berjumlah kira-kira RM12 bilion termasuk hutang kebun RM8.8 bilion. 

Beliau berkata, FELDA ketika ini juga sedang melakukan proses audit dan penelitian akhir jumlah hutang peneroka sebelum mengumumkannya.

“Saya difahamkan kadar hutang peneroka kini dianggarkan sekitar RM1,000 sebulan dan jumlah yang terpaksa ditanggung itu tinggi.

“Oleh demikian, mereka perlu dibantu dengan mengurangkan jumlah hutang melalui penyelarasan yang akan diumumkan nanti,” katanya dalam lawatan ke Projek Gedung Makanan Negara di Felda Sungai Tengi Selatan, hari ini. 

Yang turut hadir, Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Abdul Satar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. 

Sebelum ini, hutang peneroka FELDA dilaporkan tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan FELDA. 


FELDA juga dilaporkan terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion bagi melancarkan operasi harian. 

Pada September tahun lalu, Felda memaklumkan kerajaan bahawa ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion

Dalam perkembangan itu, ditanya mengenai jumlah penyelarasan yang akan ditanggung setiap peneroka, Amiruddin berkata, ia masih dalam perbincangan dan tidak wajar diumumkan hanya dengan sejumlah angka sahaja. 

“Banyak kategori hutang bagi peneroka. Ada hutang pendidikan, kedai dan komputer. Kita akan memuktamadkan jumlah hutang itu dan berita gembira berkenaan mungkin akan diumum nanti,” katanya. – BH Online

Kategori