Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Fadillah Sambut Baik Hasrat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya menyambut baik hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang...

Legenda Bola Sepak England,...

RAY WILKINS, bekas pemain tengah England yang bermain untuk Wycombe Wanderers pada tahun...

Lana Nodin Sah Hamil,...

SETELAH lima bulan mendirikan rumahtangga dengan lelaki warga Amerika, Lana Nodin akhirnya mengesahkan dirinya...

Parlimen Belia Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Parlimen Belia Malaysia (PBM) hari ini meluluskan usul supaya kerajaan...

FELDA Sudah Memiliki Hampir 77% Saham Dalam FGV

MUNGKIN ramai kurang menyedari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah pun memiliki hampir 77% saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV).

Atau secara lebih tepat sehingga 8 Mac 2021 FELDA telah menguasai 76.95% FGV berbanding 34% pada Disember 2020. Ia merupakan peningkatan hampir 43%.

Baki saham belum dimiliki FELDA cuma melibatkan Kerajaan Negeri Pahang (5%), Kerajaan Negeri Sabah (2.38%) dan lain-lain pelabur.

Ini semua berlaku hanya dalam tempoh 100 hari sejak Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Dato’ Pa sebagai dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa Dato’ Pa bersungguh-sungguh menjayakan pengambilalihan saham FGV untuk FELDA.

Ia kerana pegangan majoriti saham itu akan membolehkan FELDA memulih serta memperkukuh kedudukan kewangannya demi manfaat golongan peneroka.

Lagipun FGV selama ini gagal memberi pulangan dividen dan perkongsian keuntungan seperti diharapkan FELDA sejak penyenaraiannya di Bursa Saham pada tahun 2012.

Berdasarkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA), FELDA menyerahkan sebanyak 355 ribu hektar tanah ladang kepada FGV untuk diuruskan selama 99 tahun.


FGV pula memberi jaminan bayaran pajakan tanah tahunan RM248 juta serta 15% daripada keuntungan. (Jumlah luas tanah FELDA kira-kira 921 ribu hektar).

Namun pendapatan diterima FELDA daripada pajakan tanah ladang serta perkongsian keuntungan dengan FGV di bawah LLA tidak seperti yang dijanjikan.

Sedangkan sebelum penyenaraian FGV, FELDA memperolehi keuntungan sebanyak RM1.85 bilion pada tahun 2011.

Siapa sangka hanya dalam tempoh 100 hari diangkat sebagai Menteri, Dato’ Pa telah hampir selesai menangani sepenuhnya kemelut FGV yang telah lama berlanjutan ini.

FELDA kini dalam landasan tepat dalam usaha meningkatkan pegangan saham sehingga 90% dalam FGV bagi menyelamatkan kepentingan para penerokanya. – Mynewshub.TV

Kategori