Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Persatuan Pengguna Islam Gundah...

Kebanjiran warga Afrika di Malaysia dilihat banyak mendatangkan masalah terutamanya dari aspek keselamatan...

Uqasha Perli Hafidz Roshdi,...

SEBELUM ini, pelakon Hafidz Roshdi pernah mengakui bahawa tunangnya cemburu melihat kemesraannya bersama...

Kerajaan Dijangka Perketat SOP...

SHAH ALAM - Kerajaan dijangka akan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) sekiranya...

Pengadil Malaysia Dapat Arahan...

KUALA LUMPUR - Pengadil Liga Malaysia seolah-olah mendapat arahan daripada pihak berkepentingan untuk...

Gelombang Haba: Tahap Berjaga-Jaga Di 6 Kawasan

KUALA LUMPUR – Enam kawasan di Kedah dan Perak merekodkan tahap satu (berjaga-jaga) dengan suhu harian diramal mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikemas kini setakat 4.30 petang ini, kawasan terlibat ialah Baling dan Kuala Muda di Kedah serta Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak di Perak.

Sementara suhu maksimum bagi kawasan lain termasuk di Sabah dan Sarawak masih berada dalam pemantauan dan hanya mengalami suhu maksimum kurang daripada 35 darjah Celsius.

Sesuatu kawasan dikategorikan mengalami tahap dua (gelombang haba) apabila suhu maksimum harian direkodkan melebihi 39 hingga 40 darjah Celsius, manakala tahap tiga (kecemasan) apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. – BERNAMA

Kategori