Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

83 Sembuh, Satu Kematian,...

SATU kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Sarawak Sedia Pertimbang Ambil...

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak sedia pertimbang untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu, yang...

Wajah Baharu Web BN...

KUALA LUMPUR – Laman sesawang berwajah baharu Barisan Nasional (BN) www.barisannasional.org.my yang dilancarkan...

8.45 Juta Jawatan Sektor...

KUALA LUMPUR - Jumlah jawatan direkodkan dalam sektor swasta adalah 8.457 juta pada...

Hubungan Kerjasama KL- Abu Dhabi Tanpa Batas – PM

ABU DHABI – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menetapkan kerjasama tanpa had (sky is the limit) dalam hubungan bilateral antara Abu Dhabi dan Kuala Lumpur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komitmen tersebut disampaikan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, yang juga Timbalan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dalam pertemuannya dengan pemimpin UAE itu di sini pada Rabu.

“Ungkapan ‘the sky is the limit’ digunakan oleh Putera Mahkota apabila merujuk kepada kerjasama kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri pada Khamis.

Muhyiddin berkata, pada pertemuan berkenaan, Putera Mahkota menggambarkan hubungan kedua-dua sebagai erat dan luar biasa.

Katanya, UAE memberikan komitmen bahawa akan menggandakan jumlah perdagangan dua hala hingga lima kali ganda nilai berbanding AS$3 billion (RM12.31 bilion) ketika ini.


“Semasa perbincangan, saya menyebut bahawa perdagangan dua hala kita perlu ditingkatkan dan Putera Mahkota menjawab: Dipersetujui lima kali,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata, UAE turut berhasrat mahu menggandakan pelaburan di Malaysia.

Pelaburan UAE di Malaysia kini berjumlah AS$1.6 billion (RM6.56 bilion). – BERNAMA

Kategori