AKHBAR Gulf News melaporkan, UAE akan melabur di Indonesia sebanyak RM41 B. Jumlah keseluruhan ialah RM134.5 B.
Berdasarkan komen Najib dalam fb nya, Malaysia tidak pernah menerima pelaburan dari UAE selepas PRU ke 14. Kenapa? Ini penjelasan Najib. https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157781665375952/.
Latheefa Koya SPRM pernah membocorkan perbualan peribadi Najib dengan Putera Abu Dhabi untuk selesai kes IPIC-1MDB. Ini antara musibahnya.
PM ke 8 baru balik dari UAE. Pelaburan apa yang dibawa balik? Menurut PM, UAE beri petunjuk “kerjasama tanpa batas” (the sky is the limit).
Apa maksud “the sky is the limit”? Jelas PM, UAE beri jaminan pelaburan hingga lima kali ganda berbanding AS$3 bilion pada masa ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/795059/uae.
AS$3 Bilion tu dapat masa bila? Masa BN atau PH? Memang menyedihkan bila IBM pula tutup operasi di Cyberjaya. 3000 orang akan hilang pekerjaan.
Justeru elok Azmin Ali selaku Menteri Kanan Ekonomi pergi semula ke UAE. Pastikan harapan “lima kali ganda” itu jadi realiti.
Jangan sebok pasal lompat parti. Itu bukan kerja Menteri Kanan.
Mohd Puad Zarkashi