HARAP kawan-kawan tidak akan kutuk lawatan PM8 ke Arab Saudi sebab negara itu merupakan rakan baik kepada Malaysia (sebelum hubungan itu dirosakkan kerajaan PH dahulu).
Pada tahun 2017 (tahun sebelum PRU14), Raja Arab Saudi pernah melawat ke Malaysia.
Hasilnya, kerajaan Arab Saudi melabur RM30 bilion dengan kita manakala syarikat-syarikat Arab Saudi tandatangan MoU bernilai sebanyak RM9.74 bilion dengan syarikat-syarikat Malaysia.

NOTA: Saya pun pelik kenapa Raja Arab Saudi tetap amat baik dengan saya pada masa itu sedangkan PH kata bahawa saya pergunakan nama baginda untuk menipu sebab saya tidak pernah menerima apa-apa derma dari negara itu.
Derma itu memang wujud – termasuk dana sebanyak RM642 juta yang dipindah secara terus ke akaun atas nama saya seperti disahkan oleh pihak SPRM dan bank.
Kemudiannya saya guna sepenuhnya dana tersebut untuk kerja CSR termasuk untuk bantuan banjir secara besar-besaran yang disalurkan melalui akaun atas nama saya. – FB Najib Razak
“22 Ogos 2019: Najib terima RM642 juta dari Arab Saudi”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598722/najib-terima-rm642-juta-dari-arab-saudi