Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Fit Masjid 2016 Di...

SEREMBAN - Lebih 3,000 orang akan menyertai program Fit Masjid 2016 peringkat kebangsaan...

Jurusolek Kena ‘Tembak’ Di...

SEMALAM, tular menerusi media sosial apabila seorang jurusolek yang melatah 'ditembak' lebih dua...

Rakyat Qatar Dihalang Masuk...

RAKYAT Qatar Menunaikan Manasik Dengan Mudah Dan Lancar. Perbadanan Pengurusan Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi...

Penjawat Awam Tertinggi Terlibat...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin mendedahkan penjawat...

Jika Kes Covid-19 Meningkat, PKP Semula Di Kelantan?

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu jika kes Covid-19 terus meningkat.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata kes Covid-19 di Kelantan mencatatkan peningkatan ketara sejak beberapa hari lalu selain wujud beberapa kluster baharu.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan (Rt) di Kelantan juga adalah tertinggi di negara ini iaitu 1.19 dan keadaan itu agak membimbangkan.

Katanya, jika kes tidak dapat dikawal dan terus meningkat, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mengesyorkan untuk melaksanakan PKP semula di Kelantan.

“Kita hanya mengikut perintah sahaja namun jika PKP dilaksanakan, sudah tentu semua akan terkesan lebih-lebih lagi kita akan berhadapan dengan Ramadan.

“Justeru, saya memohon seluruh rakyat Kelantan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.


Dalam perkembangan lain, Dr Izani berkata, setakat ini hanya lebih 200,000 rakyat Kelantan yang berdaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin berbanding jumlah rakyat di negeri itu seramai 1.2 juta.

“Kita dapati rakyat Kelantan lebih bersikap ‘hero tak gaduh’ dalam usaha untuk mendapatkan vaksin menyebabkan Kelantan berada di kedudukan kedua terbawah untuk pendaftaran mendapatkan vaksin.

“Kita ingatkan semua mereka wajib mendaftar sama ada setuju atau tidak untuk mendapatkan vaksin. Namun kita mengharapkan semua bersetuju untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

“Pada masa sama kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk turun ke lapangan bagi membantu mereka mendaftar suntikan vaksin,” katanya. – myMetro Online

Kategori