Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tak Puas Bermanja, Ramona...

PELAKON Ramona Zamzam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26 dan...

Agenda DAP-PH: Malaysian Malaysia...

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Johor mengecam pihak yang cuba mempersenda dan mempermainkan...

Lelaki Humban Kekasih Curang...

PERANGAI macam sampah, maka layaklah ke tong sampah. Agaknya itu yang difikirkan oleh seorang...

Malaysia Tak mungkin Jalin...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mungkin sedia menimbang menjalin hubungan rasmi dengan Israel...

Kajian Populariti: 3 Pemimpin Muda UMNO Paling Atas

KAJI selidik oleh UtusanTV, menunjukkan tiga pemimpin muda UMNO berada di kedudukan paling atas.

Kaji selidik selama dua minggu itu membabitkan seramai 24,449 responden.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memperolehi 7,908 atau 32 peratus.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendapat 7,294 undi atau 30 peratus, Khairy Jamaluddin 3,704 undi (15 peratus), Syed Saddiq memperolehi 1,628 undi (7 peratus); MP Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari (PAS) dapat 1,204 undi; Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin 929 undi (4 peratus), Nik Abduh Nik Aziz 374 undi (2 peratus), Nik Nazmi Nik Ahmad 346 undi (1 peratus); MP Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil 336 undi (1 peratus) manakala Akmal Nasrullah (281 undi atau 1 peratus).

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dapat 147 undi (1 peratus) manakala Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan tercorot kerana hanya dapat 49 undi atau 0 peratus.

Kajian itu memberi gambaran UMNO tetap popular kerana tiga pemimpin mudanya paling popular dan dianggap sebagai pelapis utama negara.


Ia konsisten dengan kaji selidik beberapa pihak sebelum ini yang menunjukkan pemimpin UMNO paling popular untuk menjadi Perdana Menteri. Najib Razak dan Mohammad Hassan sentiasa mendahului beberapa nama lain.

Kajian itu juga menunjukkan pemimpin PPBM baik pelapis muda, Perdana Menteri dan Azmin Ali tertinggal jauh di belakang.

Lebih signifikan pemimpin pemimpin dari PPBM tertinggal jauh di belakang pemimpin PAS.

Ia memberi gambaran rakyat menaruh harapan supaya UMNO kembali memerintah.

Kategori