Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PRK Pulai: Zahid Yakin...

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin calon Pakatan...

9 Termasuk Remaja Perempuan...

BATU PAHAT: Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun didakwa di Mahkamah...

Johan As’ari Terkilan Bacaan...

PELAKON, Johan As'ari akui terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang sering mengkritik tatkala...

DAP Tampil Aziz Bari,...

ALAHAI... Selepas gagal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, bekas pensyarah, Dr. Abdul...

Kluster Menteri Mahu Ubah Keputusan UMNO

TERDAPAT usaha oleh beberapa Ketua Bahagian UMNO yang pro Hishammuddin untuk mengubah keputusan MKT UMNO yang menolak kerjasama dengan PPBM di PRU ke 15 nanti.

Menurut sumber dalaman, keputusan menolak kerjasama itu diputuskan semasa mesyuarat MKT pada 19 Febuari lalu. Bahkan MKT juga memutuskan untuk menghantar surat pemakluman rasmi kepada PPBM mengenai keputusan tersebut.

Keputusan tersebut mengecewakan kluster Menteri khususnya yang pro Hishammuddin. Mereka dikatakan masih mengharapkan Hishammuddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh TS Muhyiddin Yassin.

Justeru menurut sumber dalaman ini lagi, ada usaha untuk mendesak agar kesemua 191 Ketua Bahagian dibenarkan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2020 secara bersemuka di Dewan Merdeka PWTC.

Sebelum ini sudah keluar surat pekeliling dari Ibu Pejabat UMNO di mana hanya ahli MKT dan exco sayap-sayap sahaja yang dibenarkan hadir di PWTC.

Manakala perwakilan termasuk Ketua Bahagian akan berada di Bahagian masing-masing dan mengikuti PAU UMNO 2020 secara maya.


Justeru beberapa Ketua Bahagian yang pro Hishammuddin meminta agar mereka dapat hadir PAU bersemuka di PWTC.

Dikatakan mereka ini merancang membawa usul tergempar supaya UMNO membatalkan hasrat untuk menolak kerjasama dengan PPBM. Kumpulan ini mahu supaya UMNO dan PPBM berunding semula.

Tetapi cadangan mereka ini tidak disokong oleh majoriti Ketua Bahagian. Hanya terdapat lebih kurang 30 Ketua Bahagian sahaja yang menyokong supaya Ketua Bahagian yang bukan MKT hadir PAU di PWTC

Untuk rekod seramai 147 Ketua Bahagian sebelum ini menyokong supaya UMNO memutuskan hubungan dengan PPBM di PRU ke 15. – Mynewshub.TV

Kategori