Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gambar: Inspirasi Gaya Rambut...

MENJADI kebiasaan apabila pasangan ingin mendirikan rumah tangga, bakal pengantin perempuanlah paling cerewet...

Hadir Ke Mahkamah Sama...

KUALA LUMPUR - "Urusan rasmi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk menghadiri perbicaraan...

Klopp Rancang Buat Citizens...

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp (gambar) tidak akan mengubah gaya perlawanan kelabnya menentang Manchester...

Sains Perlu Relevan Dengan...

KUALA LUMPUR - Melihat kepada cabaran pembangunan global hari ini, sains, teknologi dan...

KPM Kagum Pematuhan SOP Hari Pertama Buka Sekolah

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kagum dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditunjukkan oleh ibu bapa ketika menghantar anak masing-masing di sekolah. 

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebooknya, Radzi berkata situasi pembukaan sekolah kali ini cukup berbeza kerana ibu bapa hanya boleh menghantar anak mereka sehingga pagar sekolah sahaja.

“Hari ini anak-anak prasekolah, Tahun Satu dan Dua memulakan sesi persekolahan secara bersemuka. 

“Ingat tak dulu-dulu anak Tahun Satu dihantar terus oleh ibu bapa ke kelas pada hari pertama persekolahan? Kali ini situasinya cukup berbeza.

“Ibu bapa menghantar sehingga ke pagar sekolah sahaja. Dari situ guru yang saya lihat cukup bersemangat dan berdedikasi terus membawa anak ini ke kelas masing-masing. 

“Ini adalah sebahagian daripada SOP yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Saya kagum melihat pematuhan ibu bapa kepada SOP ini,” katanya dalam Facebook, di sini, hari ini.


Berikutan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana bersama-sama dengan kementeriannya dalam memastikan sesi persekolahan kali ini berlangsung dengan selamat.

“Kita boleh jayakan sesi persekolahan ini bersama!” katanya yang turut berkongsi gambarnya ketika melawat sesi persekolahan diSekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 5 (1) dan SK Putrajaya Presint 18 (1), pagi tadi. 

Sebelum ini, Radzi dilaporkan berkata, sesi persekolahan sekolah rendah, kolej vokasional dan sekolah antarabangsa serta institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat yang tidak menawarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan umum masing-masing dibuka secara berperingkat iaitu hari ini dan 8 Mac nanti.

Radzi berkata, murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua perlu hadir ke sekolah lebih awal berbanding yang lain bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah. – BH Online

Kategori