Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Paras Air 14 Sungai...

KUALA LUMPUR: Paras air di 14 sungai di Selangor, telah mencatatkan rekod melebihi...

Anak MB Perlis Didakwa...

Anak lelaki kepada Menteri Besar Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Gempa 6.2 Magnitud Landa...

KUALA LUMPUR : Satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku di Pekan Baru, Indonesia.Ia...

Nadma Nafi Hantar SMS...

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini menafikan hantar mesej...

Lebih 50,000 Petugas Terima Dos Kedua Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Seramai 51,621 individu dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah menerima dos kedua vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, berkata 430,368 sudah menerima dos pertama.

Katanya Selangor merekodkan pemberian vaksin dos pertama tertinggi dengan 58,552 individu, diikuti Perak (49,451); Sabah (41,125); Kuala Lumpur (37,254) dan Sarawak (36,103).

“Ini disusuli Pahang dengan 33,317; Johor (31,451), Pulau Pinang (30,394); Kedah (26,293) dan Kelantan (19,734).

“Di Terengganu pula merekodkan 19,698 individu; Negeri Sembilan (19,639); Melaka (10,875), Perlis (9,526), Putrajaya (4,612) dan Labuan (2,344),” katanya menerusi hantaran di Twitter beliau pagi ini.


Dr Adham berkata, individu yang masih belum mendaftar wajar supaya berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera dan laman web iaitu di www.vaksincovid.gov.my.

Selain itu, katanya, pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi talian 1-800-88-8828 atau boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan berdekatan. – BH Online

Kategori