Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kosmo! Kekal Akhbar Melayu...

AKHBAR kompak popular, Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan melakar sejarah apabila kekal menjadi harian berbahasa...

Mata Wang Digital Merudum

FRANKFURT, Jerman – Nilai mata wang kripto se­perti Bitcoin dan lain-lain bentuk mata...

Pekerja Hotel Ditahan Dipercayai...

JOHOR BAHRU - Dua pekerja hotel ditahan di pangsapuri Bukit Saujana di sini...

Enam Perkara Punca Daesh...

FATWA Abu Bakar Baghdadi yang menyifatkan perlembagaan demokrasi sebagai syirik antara punca pengganas...

‘Lompat Kijang, Lompat Jauh’ Terpulang Ahli Politik – SPRM

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui tidak ramai ahli politik berani untuk tampil melaporkan amalan rasuah terutama apabila ia membabitkan tindakan melompat parti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata laporan rasuah berkaitan tindakan ahli politik melompat parti hanya dibuat apabila menerima desakan daripada orang awam.

“Pada pandangan peribadi saya, kalau ditawarkan rasuah, tidak ramai ahli politik yang tampil ke SPRM untuk memaklumkan mereka terima rasuah.

“Isu ini banyak yang kita terima hanya kes ‘cakap-cakap’ saja. Tapi yang mahu datang kepada kita (SPRM) tidak ada melainkan desakan orang awam.

“Isunya lompat tidak lompat ini sesiapa pun boleh lompat. Kamu mahu lompat kijang ke lompat jauh ke terpulang. Tapi adakah lompat itu, dia menerima rasuah sama ada mahu ubah pendirian ke atau ditawarkan jawatan itu yang kita kira,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Cakera Padat Pencegahan (CPP) di SPRM Johor hari ini. Turut hadir, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.


Isu ahli politik melompat parti kononnya menerima rasuah kembali berlegar selepas Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan cubaan menyogoknya oleh pihak tertentu.

Sementara itu, Shamshun Baharin menasihatkan ahli politik perlu membuat laporan kepada SPRM dan tidak menghebahkannya kepada umum jika berlaku elemen rasuah dalam isu lompat parti.

Katanya, lompat parti tidak menjadi isu sekiranya ahli politik hanya ingin mengubah pendirian dan pada masa sama tidak terbabit dalam amalan rasuah. – BH Online

Kategori