Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jerebu: JPNT Ambil Langkah...

MARANG - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) membuat persediaan untuk memastikan kira-kira 19,000...

Pembalakan Di Hutan Ulu...

JERANTUT - Kegiatan pembalakan yang agresif di Hutan Ulu Tembeling sejak tiga tahun...

Isu ‘Periuk Api Di...

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyelenggara sepanjang 2,132.92 kilometer jalan...

Usul Tolak Kerjasama UMNO-BERSATU...

KUALA LUMPUR - Usul penolakan kerjasama politik antara UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu...

Majlis Perkahwinan, Akikah, Hari Lahir Dibenarkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk semua majlis sama ada rasmi dan tidak rasmi yang dianjurkan kerajaan atau swasta.

“Selain itu, majlis perkahwinan, resepsi, pertunangan, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan majlis sosial lain juga dibenarkan.

“Majlis perkahwinan untuk pasangan bukan Islam juga turut dibenarkan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, jumlah kehadiran ke premis di kawasan PKPB adalah 50 peratus daripada keluasan premis.


Sementara, di kawasan PKPP ia boleh mengikut keluasan premis dengan syarat ada penjarakan fizikal.

Beliau berkata, kebenaran itu juga turut diberikan untuk penganjuran seminar, mesyuarat bersemuka, persidangan, bengkel, kursus, latihan, pameran perdagangan dan acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

“Had kehadiran di kawasan PKPB adalah 50 peratus dari segi keluasan manakala di kawasan PKPP mengikut keluasan premis asalkan ada penjarakan fizikal,” katanya. – myMetro Online

Kategori