Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

2 Syarikat Bayar Pampasan...

NANJING - Dua syarikat di timur China diperintahkan membayar 130,000 yuan (RM82,000) sebagai...

V.Shem-Wee Kiong Kejutkan Beregu...

RIO DE JANEIRO - Pasangan beregu utama negara Goh V.Shem-Tan Wee Kiong melakar...

Curi 4 Bateri Generator,...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dua anak dipenjara sehari dan didenda RM3,500 oleh...

Ahli Lembaga Pengarah FELCRA...

SHAH ALAM - FELCRA Berhad memaklumkan bahawa seorang Ahli Lembaga Pengarahnya disahkan positif...

Malaysia Bakal Kuasai Ekonomi Digital

MALAYSIA berhasrat menjadi peneraju serantau ekonomi digital menjelang tahun 2030.

Ini bukan omong-omong kosong. Negara telah pun memulakan inisiatifnya pada 19 Februari lalu.

Pada tarikh tersebut kerajaan melancarkan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital.

‘Blueprint’ itu menggariskan segala tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mencapai hasrat 2030.

APA ITU EKONOMI DIGITAL?

Ekonomi digital adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada aktiviti ekonomi berdasarkan penggunaan teknologi digital.

Ia termasuk pengiklanan blogger, instafamous, insta review, video streaming, dropship, tempahan tiket dalam talian dan banyak lagi.

Contoh paling hampir dengan kebanyakan rakyat apabila mereka menjual atau membeli secara dalam talian. Itu juga dianggap sebagai Ekonomi Digital.

KEPENTINGAN EKONOMI DIGITAL

Laporan oleh Hootsuit dan We Are Social pada tahun 2018 menyebut penguna internet dunia telah pun mencecah lebih empat bilion ketika itu.

Ia bermaksud pasaran digital dunia berkembang dengan sangat pesat dan Malaysia wajar mengambil peluang untuk turut menguasai potensinya.

Jika misi itu berjaya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan di Malaysia akan melonjak jauh lebih tinggi.

Kesimpulannya Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital bertepatan dengan sasaran Malaysia menjadi negara pendapatan perkapita tinggi.


TIGA FASA PELAKSANAAN

Pelaksanaan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa pertama mengukuhkan asas penggunaan digital bermula tahun ini sehingga tahun depan.

Fasa kedua memacu transformasi digital yang inklusif bermula tahun 2023 sehingga 2025.

Fasa ketiga 3 dari tahun 2026 sehingga 2030 untuk menjadikan negara peneraju serantau dalam bidang kandungan digital dan keselamatan siber.

CETUSAN ‘BLUEPRINT’ EKONOMI DIGITAL

Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan pada 19 Februari 2021 digubal oleh Unit Perancang Ekonomi.

Penggubalan ‘Blueprint’ itu diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ia merupakan strategi yang bijak dalam mencetuskan agenda pendigitalan sebagai pemangkin memacu pembangunan sosio ekonomi negara.

Berdasarkan rekod lalu, Ekonomi Digital telah pun menyumbang kepada 19.1% KDNK pada tahun 2019. Ini bermakna sumbangan daripada sektor itu akan berlipat kali ganda pada masa hadapan.

Semoga apa yang dirancang dan diusahakan oleh Dato’ Pa bersama pasukannya itu menjadi realiti menjelang tahun 2030. – Mynewshub.TV

Kategori