Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pemilik Gembira, Kereta Dicuri...

Seorang lelaki berusia 56 tahun di Thailand, Prayoon Sudcha yang pada mulanya marah...

Kadar Rt COVID-19 Terus...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 mengikut kes seharian semalam,...

Pemuda Lemas Mandi Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda ditemukan lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya...

Rumah Mewah, Kebun Jadi...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) membayangkan setiap rakyat Johor akan memiliki...

Mengapa Guan Eng Enggan Jadi Saksi Kes Cukai RM1.7 Bilion Najib?

GUAN Eng enggan menjadi saksi dalam kes cukai LHDN RM1.7 bilion saya.

Sehingga sekarang dia kata dia masih tak pasti jika terdapat derma yang diterima dari Arab Saudi ataupun dana yang disebut sebagai RM2.6 bilion itu telah dipulangkan 4 bulan kemudian walaupun perbicaraan mahkamah telah berkali-kali membuktikan kedua perkara ini.

Menteri Kewangan kononnya tak pasti tapi LHDN di bawah dia pula boleh ambil kira wang yang dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian sebagai pendapatan yang patut dicukai dan didenda 26% +40% +10% +5% sehingga menjadi RM1.7 bilion.

Boleh percaya ke tidak bahawa Menteri Kewangan langsung tak mahu atau tak pernah ambil tahu tentang isu denda cukai peribadi paling besar dalam sejarah Malaysia di bawah agensi kawalan dia masa itu?

Boleh percaya ke tidak bahawa selepas 22 bulan sebagai Menteri Kewangan, dia masih tak pasti tentang wujudnya pindahan wang dari Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun atas nama saya dan jika wang disebut RM2.6 bilion telah dipulangkan?


Guan Eng dan seluruh DAP masih tak sanggup sampai sekarang untuk mengesahkan wujudnya derma dari Arab Saudi termasuk pemindahan terus dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun atas nama saya dan masih tak sanggup mengesahkan bahawa dana disebut RM2.6 bilion telah dipulangkan, tak apa.

Sekurang-kurangnya, beritahulah jika dana yang dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian patut dikira sebagai pendapatan dan patut dicukai atau tidak? – FB Najib Razak

Posting Guan Eng:
https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/4347964925233575

Kategori