Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PBT Perlu Lebih Tegas...

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mencontohi ketegasan polis dalam membanteras...

Selepas Enam Tahun Melarikan...

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Letupan Di Gurun :...

Polis percaya anggota tentera yang terkorban dalam letupan bom di Gurun, Kedah semalam...

PAS Akui Mohon Parlimen...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui telah memohon supaya Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud...

Menteri UMNO Terus Kekal Dalam Kabinet – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua menteri dari UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet hasil kesepakatan yang dicapai.

Perdana Menteri berkata, dengan kesepakatan itu, Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Menteri-menteri UMNO menemui saya pada Isnin lalu. Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka di dalam Kabinet, berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan dicapai bahawa semua Menteri UMNO akan terus kekal berada di dalam Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdapat seramai sembilan menteri UMNO dan lima timbalan menteri dalam Kabinet ketika ini. 

Mereka ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan (Keselamatan); Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wlayah Persekutuan); Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli); Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan); Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar); Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ); Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) dan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Lima timbalan menteri dari UMNO pula ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainnul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Muhyiddin berkata, pada masa ini tumpuan kerajaan adalah untuk memerangi COVID-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.


Jelasnya, beberapa orang menteri dari UMNO memegang portfolio penting yang berkaitan dengan fokus kerajaan pada masa ini.

“Justeru, saya tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Dengan kesepakatan ini, saya memberi jaminan bahawa Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) pada Ahad lalu meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan BERSATU pada PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Usul Ucapan Dasar Presiden itu diluluskan sebulat suara selepas dicadangkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan disokong oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Ghani.

Susulan keputusan itu, beberapa menteri UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya kelmarin difahamkan bagi membincangkan isu perletakkan jawatan.

Pertemuan itu berlangsung hampir sejam sebelum kenderaan membawa menteri terbabit dilihat meninggalkan kompleks Pejabat Perdana Menteri pada jam 6.45 petang. – BH Online

Kategori