Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Anggota Tentera Bengang, Dipaksa...

SEJAK semalam, tersebar surat layang dipercayai ditulis seorang anggota tentera yang turut dipanjangkan...

Aliran Trafik Sekitar Ibu...

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar kawasan ibu kota mulai sesak terutamanya...

Elly Mazlein Nafi Bercerai...

PENYANYI dan aktres Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi...

Pelawak Charlie Murphy Meninggal...

PELAWAK Charlie Murphy, 57, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat leukemia pada Rabu...

MoF Kaji Perluas Asas Pendapatan Termasuk Laksana Semula GST

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) sedang menjalankan kajian untuk memperluaskan asas pendapatan Malaysia termasuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta mengkaji semula pakej insentif cukai untuk mengukuhkannya dan menjadikannya lebih bersasar dan strategik.

Timbalan Ketua Setiausaha, Zakiah Jaafar berkata, kementerian akan melakukan beberapa pembaharuan fiskal yang besar untuk mengukuhkan kapasiti pendapatan negara apabila berlaku pandemik dan menyebabkan krisis.

“Jadi sekarang, kami sedikit terganggu untuk mengekalkan pendirian kitaran balas sehingga pemulihan berlaku sepenuhnya walaupun ruang fiskal terhad.

“Kami sedang mengkaji pembaharuan cukai baharu, yang termasuk mengkaji semula struktur cukai sedia ada dan kemungkinan cukai baharu akan dikenakan.

“Bagaimanapun, kami menyedari mengenai impak dan masanya. Apa-apa, kerajaan akan menunggu sehingga ekonomi stabil sepenuhnya dan aktiviti kembali normal sebelum membuat sebarang perubahan besar,” katanya dalam perbincangan panel pada pelancaran laporan utama Bank Dunia, “Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development,” hari ini.

Negara pada masa ini hanya mencatatkan 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pendapatan cukai yang agak rendah berbanding negara-negara berpendapatan tinggi.

Dalam tempoh pandemik ini, beliau berkata, ruang fiskal tambahan diwujudkan dengan menubuhkan Dana Covid-19 mengikut Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan, membolehkan perbelanjaan yang lebih besar melalui pinjaman dalam tempoh yang terhad.


“Oleh itu, kerajaan mempunyai fleksibiliti tambahan untuk meminjam jika sokongan lanjut diperlukan untuk ekonomi walaupun kekurangan hasil.

“Bagaimanapun, pada masa depan, kami mengakui bahawa ruang fiskal yang digunakan semasa pandemik ini perlu dibina semula,” katanya.

Beliau berkata Malaysia mempunyai prestasi pertumbuhan yang baik dan telah pulih dalam tempoh setahun daripada setiap lima krisis yang dialaminya sejak lima dekad yang lepas dan yakin akan sekali lagi mencatat sejarah.

“Kita juga mempunyai rekod prestasi fiskal yang baik. Kita telah berada di landasan pengukuhan bersepadu sejak dekad yang lepas, bagaimanapun perlu memberi tumpuan untuk menguruskan krisis semasa.

“Oleh itu, apabila ekonomi pulih, kami akan berusaha untuk kembali kepada mengukuhkan kedudukan fiskal kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori