Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kejutan Nur Dhabitah Nyalakan...

KUALA LUMPUR - Nur Dhabitah Sabri yang genit dan periang adalah "kejutan" yang...

13 Pati Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 'Op...

Hukuman Mati: Rayuan Inspektor...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan seorang inspektor polis yang dijatuhi...

3 Air Pasang Besar...

Kuala Lumpur : Tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini...

Muhammad Harraz Disahkan Alami Strok Haba

ALOR SETAR – Kanak-kanak tiga tahun yang meninggal dunia dalam kereta, kelmarin disahkan mengalami strok haba akibat cuaca panas melampau dan kenderaan tiada pengudaraan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Katanya, pakar menemukan ciri strok haba pada mangsa, namun pihak hospital mengambil beberapa sampel untuk dianalisis lebih lanjut di makmal.

“Ketika ditemui pada jam 12.15 tengahari kelmarin, mangsa masih hidup tetapi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan lemah, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Siasatan masih diteruskan setakat ini dan polis turut mengambil keterangan daripada semua guru di tadika itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Adzli berkata, tempoh reman terhadap pengetua wanita berusia 49 tahun itu akan berakhir esok dan sekiranya bukti siasatan masih belum lengkap, pihaknya akan memohon lanjutan reman.


“Hasil siasatan setakat ini mendapati kejadian mempunyai unsur kecuaian dan tidak membabitkan unsur lain,” katanya memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam kejadian Selasa lalu, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi, 3, ditemui terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja milik pengetua berkenaan pada 12.15 tengah hari.

Kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan lebih empat jam selepas pengetua itu menjemputnya dari rumah di Taman Ria, Sungai Petani pada 7.45 pagi. – myMetro Online

Kategori