Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Muka Bercapuk ‘Musnahkan’ Impian...

CANTIK dan menawan, itu antara impian mereka yang bergelar pengantin perempuan apabila tiba...

PAU 2023: ‘Orang Lain...

KUALA LUMPUR : “Orang lain sibuk TikTok, kita masih guna Facebook.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian reaksi...

DAP Pun Ada Peranan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Pakatan Harapan (PH) dan DAP...

Banjir Di Johor Pulih,...

JOHOR BAHARU - Keadaan banjir di negeri ini pulih sepenuhnya dengan satu-satunya pusat...

PN Takut Pengundi Muda – Najib

DARI FB NAJIB

PARA penganalisis juga sependapat dengan saya bahawa kerajaan PN sengaja tangguh Undi18 sebab takut dengan pengundi muda.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata kumpulan pengundi ini, terutamanya yang berusia 18 tahun, adalah pengguna media sosial aktif dan peka dengan isu-isu semasa.

“Mereka sentiasa ada maklumat baik mengenai isu-isu semasa, terutama yang mempengaruhi mereka seperti ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan.”

Lazimnya, kumpulan pengundi ini tidak akan menjadi masalah, kecuali jika kerajaan menunjukkan prestasi buruk, kata Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia..

“Tetapi PN, akhir-akhir ini, dilanda kontroversi seperti Perintah Darurat, tuduhan pilih kasih (dalam penguatkuasaan SOP Covid-19), pengurusan ekonomi yang buruk dan ketidakmampuan untuk menyediakan peluang lebih baik buat pengundi muda.

“Berdasarkan ini, boleh jadi PN merasa mereka tak ada kawalan terhadap mereka yang berusia 18 tahun, yang menyebabkan kelewatan dalam melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik.”


Profesor Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi juga percaya penangguhan itu disebabkan oleh lemahnya kerajaan PN.

“Mereka masih bergulat dengan masalah ekonomi, kehilangan pekerjaan dan syarikat ditutup akibat pelbagai perintah kawalan Covid-19. Ditambah dengan kekurangan pelaburan dan isu vaksinasi, PN tidak mahu selesaikan lebih banyak ketidakpastian.”

Jangka waktu awal pelaksanaannya adalah pada Julai tahun ini, dan ini bahkan dijanjikan oleh kerajaan PN, dengan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengulangi tarikh akhir Julai 2021 dalam beberapa jawapan bertulis Parlimen.

Bagaimanapun sebelum pengumuman SPR mengenai penundaan itu, kerajaan PN telah menunjukkan sikap berat, seperti presiden Dewan Negara dan pemimpin Bersatu Dr Rais Yatim dan juga ketua pemuda Bersatu Wan Ahmad Wan Fayhsal yang merupakan timbalan menteri Belia dan Sukan.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/307516

Kategori