Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Video: Anak Bergaduh, Mak...

TULAR menerusi media sosial video pertelingkahan di antara dua jiran di sebuah taman...

Cadangan Wajibkan AIS Pada...

KUALA SELANGOR - Kerajaan bercadang mewajibkan pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada bot...

Johor Seragamkan Kemeja Kokurikulum...

BAGI memperkasakan jati diri dan mewujudkan identiti, semua sekolah di negeri Johor akan...

PRK: Benarkan Pekerja Tunai...

KUALA LUMPUR – Majikan sektor swasta diingatkan supaya membenarkan pekerja melaksanakan hak dan...

Neelofa, PU Riz Bernikah Sabtu Ini?

KUALA LUMPUR – Pengacara popular Neelofa dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz, pada Sabtu ini.

Menurut sumber, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Difahamkan kad jemputan perkahwinan pasangan merpati dua sejoli itu sudah mula diedarkan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.

Usaha Harian Metro menghubungi pengurusan Neelofa bagi mendapatkan kesahihan gosip yang bertebaran itu belum berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Terdahulu kisah hubungan cinta antara Neelofa dan PU Riz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga lelaki berkenaan.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekali gus membuktikan hubungan cinta mereka masih utuh dan berada dalam keadaan baik. – myMetro Online

Kategori